Kita bersuara

Salah satu Prinsip Kod ialah kita "bersuara." Kita meminta pengurus dan Fungsi Pematuhan kita apabila kita mempunyai soalan mengenai sama ada seusatu aktiviti itu adalah beretika atau mematuhi Kod kita, dan kita selalu mencabar dan melaporkan aktiviti yang kita percaya mungkin melanggar Kod atau perundangan berkaitan. Melalui pelaporan, kita membolehkan Telenor mengotakan janji untuk beroperasi secara sah dan beretika serta kita membantu syarikat untuk melindungi reputasinya yang baik. Ia adalah tanggungjawab yang kita berkongsi bersama.

Kadang-kadang ia memelukan keberanian untuk tampil dan berkongsi kebimbangan anda. Sekiranya anda tidak selesa membincangkan atau melaporkan isu kepada pengurus atau Fungsi Pematuhan, anda boleh menggunakan Talian Integriti yang tersedia untuk semua pekerja,Rakan Niaga dan pihak berkepentingan yang lain. Talian Integriti diwujudkan untuk melindungi privasi individu yang melaporkan kebimbangan, dan individu yang menjadi subjek kebimbangan dilaporkan, melalui saluran pelaporan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat bebas. Semua laporan dianggap sebagai rahsia dan hanya bilangan orang yang sangat terhad dibenarkan akses kepada laporan-laporan tersebut. Saluran ini sentiasa terbuka dan tersedia dalam kebanyakan bahasa setempat. Anda boleh memilih untuk merahsiakan nama anda. Identiti anda akan tetap dirahsiakan kecuali anda bersetuju sebaliknya.

Semua kebimbangan yang dilaporkan akan dipandang serius dan akan disusuli dengan secara adil. Laporan akan mula ekali diterima dan dikaji semula oleh bahagian Audit Dalaman & Penyiasatan Telenor. Dalam kes yang mengemukakan dakwaan atau kebimbangan yang serius, Audit Dalaman & Penyiasatan Telenor akan menjalankan siasatan bebas untuk mendapatkan penjelasan akan fakta-fakta yang relevan. Kes-kes lain akan dipindah dan diurus oleh satu fungsi bebas yang dilantik. Semua fungsi diperlukan untuk mengekalkan semua maklumat secara sulit demi untuk menjamin integriti proses.

Talian Integriti boleh diakses di sini:

https://secure.ethicspoint.eu/...

Sebahagian penting dari program pematuhan kita adalah untuk mengambil tindakan pembetulan yang berkesan dan, juga perkara-perkara yang berkenaan disiplin pekerja. Dalam semua kes, Fungsi Pematuhan menyokong pengurusan untuk menyelesaikan masalah yang disiasat dan menentukan sama ada tindakan tatatertib atau pembetulan diperlukan. Sesiapa yang melanggar undang-undang, Kod atau Polisi atau Manual Telenor mungkin tertakluk kepada tindakan tatatertib, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Pelanggaran tersebut boleh merosakkan reputasi baik Telenor serta mengakibatkan kerugian komersil, dan pelanggaran undang-undang boleh mendedahkan Telenor, dan bahkan pelanggar individu kepada denda, penalti, ganti rugi serta, dalam sesetengah kes yang lebih berat, hukuman penjara oleh Mahkamah.

Adalah penting untuk diingat bahawa kita semua boleh melaporkan tingkah laku yang disyaki tidak beretika atau menyalahi undang-undang tanpa rasa takut terhadap sebarang balasan. Telenor tidak akan bertolak ansur dengan sebarang balas dendam terhadap mereka yang bersuara dengan niat baik.